Home » » Tentang Thaharah

Tentang Thaharah

Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat

Hadas ialah kekokotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci iaitu solat,

Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar

Cara menyucikan hadas kecil ialah dengan mengambil wudhuk. Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan mandi. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan kerana sakit, ketiadaan air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum. Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga, iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar
3. Tayammum; gantian kepada wudhuk atau mandi.
(al-Maidah; 6).
Yang membatalkan wudu’ atau sebab terjadinya hadas kecil.
1. Keluar sesuatu dari kemaluan
2. Tidur
3. Hilang akal
4. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan
al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…”.
5. Menyentuh zakar atau faraj
Menurut mazhab syafi’i
6. Keluar najis dari badan
7. Muntah
Muntah membatalkan wudhuk pada pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad jika muntah itu banyak atau hingga memenuhi mulut.
8. Timbul syak atau keraguan 
9. Ketawa berdekah di dalam solat 
10. Memandikan mayat. 
Orang yang terlibat secara langsung memandikan mayat, batal wudhuknya menurut mazhab Imam Ahmad. Adapun mazhab-mazhab yang lain, ia tidak membatalkan wudhuk.

Sebab hadas besar

1.     Kerana berjunub
2.   (a) Kerana bersetubuh dengan pasangan (suami atau isteri) sama ada keluar mani atau tidak ketika persetubuhan itu. Semata-mata berlakunya persetubuhan iaitu masuknya zakar ke dalam faraj, maka dianggaplah seseorang itu berjunub sekalipun tidak keluar mani. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila seseorang telah duduk di antara empat cabang perempuan (yakni dua tangan dan dua kaki/pahanya), kemudian khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan (kemaluan), maka wajiblah mandi”. Dalam satu riwayat disebutkan; “…sekalipun tidak keluar mani”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.).

(b) Keluar mani dari kemaluan sama ada dengan sengaja (seperti mengeluarkan dengan tangan atau berkhayal) atau tidak sengaja (seperti bermimpi). Orang yang keluar mani dari kemaluannya ia dianggap berjunub dan wajib mandi berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni dari kerana keluar mani)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Ummu Salamah r.a. telah menceritakan; “Pernah Ummu Sulaim datang dan bertanya kepada Nabi s.a.w.; ‘Adakah seorang perempuan wajib mandi jika ia bermimpi?’. Jawab Nabi s.a.w.; ‘Ya, jika ia melihat air (yakni air mani)’’ (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
3.     Kerana kedatangan haid dan nifas

Bersuci dari najis
Menurut Imam Ibnu Rusyd; empat benda disepakati oleh ulamak sebagai najis, iaitu;
1. Bangkai haiwan darat yang berdarah mengalir
2. Daging babi
3. Darah dari haiwan darat jika ia mengalir, yakni banyak.
4. Air kencing manusia dan tahinya.

Adapun dalam mazhab Syafi’ie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad ulamak-ulamak mazhab, iaitu;
1. Anjing; semua juzuk di badan anjing adalah najis.
2. Babi; semua juzuk di badan babi adalah najis.
3. Air kencing; semua jenis air kencing adalah najis sama ada dari manusia atau haiwan.
4. Tahi; semua jenis tahi adalah najis sama ada tahi manusia atau haiwan.
5. Air mazi; iaitu cecair nipis berwarna kekuningan yang keluar dari kemaluan ketika naik syahwat.
6. Air madi; iaitu cecair kental berwarna putih yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas keletihan.
7. Arak dan semua minuman yang memabukkan seperti tuak dan seumpamanya.
8. Bangkai/mayat; kecuali mayat manusia, bangkai haiwan laut (ikan dan sebagainya) dan belalang.
9. Darah; semua jenis darah adalah najis sama ada darah manusia atau haiwan.
10. Nanah
11. Anggota yang terpisah dari haiwan ketika masih hidupnya; kecuali bulu binatang yang halal dimakan seperti bulu biri-biri, bulu ayam dan sebagainya.
12. Susu binatang yang tidak halal dimakan dagingnya.
13. Muntah

Cara membersihkan najis besar
Pertama; Buang najis terlebih dahulu
Kedua; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).
Ketiga; Bilas dengan air biasa sebanyak enam kali.
Cara membersihkan najis sedang
Dengan membasuhnya hingga sifat, rasa, bau dan warnanya hilang.
Cara membersihkan najis kecil
Dengan mempercikkan air.

Cara lain yaitu dengan beristinja’
Paling baik ialah berinstinjak dengan air kerana ia lebih menyucikan. Diharuskan beristinjak dengan benda-benda kesat sahaja sekalipun terdapat air, tetapi hendaklah dengan memenuhi syarat-syarat di bawah;

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan. Ini karena tiga kali sapuan itu adalah ketetapan minimal yang ditetapkan Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Salman –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Nabi menegah kami dari beristinjak kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu)” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai). Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya).


2. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.

3. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Tidak licin dan terlalu kasar karena tujuan utamanya adalah membersihkan najis
5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Sabda Nabi; “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)


Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm;

1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk.

2. Kerana tidak mampu menggunakan air

Syarat tayamum
orang  yang bertayammum mempunyai uzur yang menghalangnya dari menggunakan air iaitu kerana tidak adanya air atau tidak mampu menggunakan air.

Kedua; Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air.

Ketiga; Hendak lah tayammum itu dengan menggunakan tanah yang bersih

Keempat; Hendaklah bertayammum setelah masuk waktu

contoh keadaan yang membolehkan tayamum
1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau takut bertambah sakit, atau takut lambat sembuh. Tentunya karena saran dokter

2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang.

3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air.

4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu manusia atau binatang buas.

5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya.

6. untuk memasak dan sebagainya atau porsinya sangat terbatas.

7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan orang yang murtad kemudian kembali masuk islam
8. Takut karena musim dingin yang sangat dingin.




JENIS-JENIS AIR

1. Ai Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )
Air ini boleh digunakan untuk minum,mandi dan berwuduk dan boleh juga digunakan untuk membasuh.contoh air mutlak ialah air telaga,air sungai,air hujan,air mata air,air laut dan sebagainya,

2. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )
Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan Iaitu air yang telah berubah salah satu sifatnya,contoh seperti air kopi,air teh dan sebagainya.Termasuk juga dalam golongan ini air yang kurang dari dua kolah iaitu air yang sudah digunakan untuk berwuduk atau menghilangkan najis.

3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)
Air yang najis iaitu air yang sudah berubah semua sifatnya samada warna,rasa atau baunya dan bercampur dengan najis.

4. Air Musyammas (air yang berjemur pada matahari)
Ialah air yang makruh untuk digunakan iaitulah air yang terjemur pada terik matahari dalam bekas selain bekas daripada emas atau perak.Air ini makruh digunakan untuk badan tetapi boleh

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut

Total Tayangan Halaman

Diberdayakan oleh Blogger.